Translate

Saturday 2 November 2013

Lakaran Hati

Rasa diri ini ingin bersajak pula..
Biarlah jari jari ini mencoretkan segala galanya..

Ku luahkan segala yang terbuku melalui blog ini..

Alunan irama lagu yang syahdu, menemani kesepian malam ku ini,
dihiasi dengan indahnya kerlipan bintang ciptaanMU ya Rabbi..
Alangkah indahnya ciptaan mu ya Allah..
ku lihat butiran bintang, cuma sekecil zarah..  
Begitu kah kerdilnya aku ..
Oh, ku kira diri ku ini hebat..
Begitu sombongnya diriku,
Begitu hinanya diriku..
Siapakah aku dihadapanNya??
Adakah umpama daun yang berguguran di tiup angin, hilang entah kemana..
Ruginya aku.. 
Apa yang aku buat di dunia ini sebenarnya?
Apa yang aku cari?
Kelak bila tiba masanya, janji akan ditagih..
Alangkah menyesalnya aku, 
Masaku terbuang sia- sia.... :'(









Tuesday 27 August 2013

Coretan si Hati Indah

Terlepas seorang mujahid dambaan hatimu,
Bukan bermakna tidak ada lagi para mujahid dakwah yang lain,
Tinggal hati terus bermujahadah..
Tinggal tangan terus berdoa,
Tinggal diri terus berusaha..
Moga pencarian cintaku berakhir di atas sandaran cintamu.....

Kumbang bukan seekor,bunga bukan sekuntum.HAHA

Mengapa harus kecewa diatas cinta yang sementara..


CINTA ALLAH, CINTA HAKIKI..






Wednesday 17 July 2013

Hidup cuma sementara, mengapa hendak disia siakan..
Mengapa mengejar sesuatu yang sementara sedangkan yang kekal abadi itu ada..

Kita ibarat pengembara di dunia yang "Sat" ini, macam-macam jenis jalan ada, mahu yang berliku, atau yang lurus, orang Sabah bilang, dari kita saja bah tu mau pilih yang mana..  hehe


Setiap jalan pasti kita akan lalui,  kalau tidak mau sesat janganlah lupa PETA dan KOMPAS..
( saya pun x tau mau taip apa,, pindik saja ni,, semoga kamurang paham arr..)

Thursday 17 January 2013

Cantik oh Cantik


Cantik,penting sangatkah cantik ni, semua orang nak cantik. Sanggup berbelanja beribu ribu ringgit hanya untuk tampil CANTIK .Bila keluar rumah, mulalah membaluti wajah dengan bedak setebal 3 inchi ditambah lagi dengan lapisan gincu merah.Tidak cukup dengan itu, kemudian digores lagi tepian mata dengan eye liner dan sebagainya. 

Bila ditanya, kenapa nak terlihat cantik, pasti dijawab supaya orang suka dengan kita.Ya betul, kita nak nampak cantik supaya orang suka akan kita,bila tak cantik tak akan ada orang pandang. Tapi bagaimana pula kalau cantik tapi tak dihiasi dengan keperibadian yang terpuji sama saja DIBENCI.

Janganlah diagung-agungkan sangat kecantikan itu, kerana kecantikan akan pudar seiring dengan waktu,namun demikian keperibadian dan akhlak yang terpuji akan kekal selamanya.  :):):).