Translate

Thursday 17 January 2013

Cantik oh Cantik


Cantik,penting sangatkah cantik ni, semua orang nak cantik. Sanggup berbelanja beribu ribu ringgit hanya untuk tampil CANTIK .Bila keluar rumah, mulalah membaluti wajah dengan bedak setebal 3 inchi ditambah lagi dengan lapisan gincu merah.Tidak cukup dengan itu, kemudian digores lagi tepian mata dengan eye liner dan sebagainya. 

Bila ditanya, kenapa nak terlihat cantik, pasti dijawab supaya orang suka dengan kita.Ya betul, kita nak nampak cantik supaya orang suka akan kita,bila tak cantik tak akan ada orang pandang. Tapi bagaimana pula kalau cantik tapi tak dihiasi dengan keperibadian yang terpuji sama saja DIBENCI.

Janganlah diagung-agungkan sangat kecantikan itu, kerana kecantikan akan pudar seiring dengan waktu,namun demikian keperibadian dan akhlak yang terpuji akan kekal selamanya.  :):):).