Translate

Saturday 26 April 2014

Alhamdulillah, keputusan sem lalu sangat baik, walaupun tidak mencapai 4.00 , heheh,semoga ia boleh dikekalkan hingga ke akhir sem. Kalau boleh, biarlah, kita bergraduasi dengan memegang keputusan yang baik, maklumlah, masuk universiti hanya sekali, jadi jangan lah sia-siakan peluang yang ada, tapi disamping itu, teknik berkomunisi hendaklah dipertingkatkan lagi, jangan asyik menghafal saja, kita juga hendaklah sentiasa berfikiran kritis dan kreatif, perbaiki juga akhlak dalam diri barulah dinamakan mahasiswa/mahasiswi cemerlang. 



Tapi janganlah lupa, tentang graduasi di akhirat kelak, hehe,  Graduasi yang sebenar yang menentukan syurga atau neraka, jadilah pelajar yang baik didunia semoga kita memperoleh keampunan dan keredhaan Allah SWT.

Thursday 24 April 2014

25/4/2014, dinner scce bertemakan Glamourous night dan saya tak berminat untuk kesana.. hehehehe,




orang kat atas tu sunyi, sama macam saya sekarang, sunyi, nak balik rumah... T_T

Sunday 13 April 2014

Diskriminasi warna kulit

Hitam manis yang hitam manis, 
pandang tak jemu yang hitam manis,

Haah, pasti korang pernah dengar kan lagu ni, disebalik melodinya yang enak didengar, liriknya membawa maksud yang mendalam, mengenai si hitam manis, hehehe

kalau tengok tajuk sy kat atas, diskriminasi warna kulit, ehh??? wujud lagikah diskriminasi warna kulit di Malaysia?? , saya kata wujud, itu pendapat sayalah.. kenapa wujud?

tengok ajelah iklan2x kat tv, berlambak iklan pasal pemutih kulit, haishhh, saya kadang  kadang naik jemu dengan produk- produk kecantikan pemutih kulit ni, apa taknya, iklan mereka memberi persepsi yang orang berkulit kurang putih( ayat penyedap hati) macam saya ni, tak cantik . Ye lah tak cantik, pasaitu depa dok promote, putihkan kulitmu wahai gadis2 .. heheh

padahal, kalau kat negara barat , diorang sibuk nak menggelapkan kulit, seksi gitu. heheh, jadi, kepada gadis2 yang sibuk nak putihkan kulit, tak usahlah, terpengaruh dengan iklan-iklan sebegitu, yakin je dengan diri masing, banyak je, orang2 yang berkulit kurang putih, berjaya.. Biarpun  gelap tapi kulit itu sihat, haah, itu yang penting.. ,
Biasanya orang yang dok sibuk putihkan kulit ni, depa tak yakin dengan diri diorang, mungkin aje, dalam fikiran diorang, bila aku putih, ramai la lelaki nak kat aku.. hehe, pemikiran sebegitu, jauh sekali tersasar, hahaha,  memanglah, lelaki sukakan wanita yang cantik, putih mulus, gebu... tapi, itu cuma seketika aje, bila depa dah kenal, lepastu, gaya macam tah pape je, memang kena reject la . :P,  


Saya suka senyum :D, hehehe, cantik kan ^^
Dari Keningau ke Perlis

01.09.2012 , tarikh yang amat bermakna bagiku..hehe, pada hari itulah pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke tanah semenanjung,  dari kl aku ke perlis, negeri paling kecil penuh dengan sawah padi, tiada kesesakan, tiada panggung wayang, kedai paling besar, cmart dgn the store ja kali... kikiki..

Di Perlis juga, aku bertemu dengan kawan2 yang baik, yang banyak mengubah aku menjadi lebih baik...
Memang susah mahu belajar cakap orang utara.. T_T, boleh boleh la..  :p

Makanan sini,, mahu apa?? semua murah banding Sabah la, sadap lagi tu..
Saya sekarang belajar di unimap, kampus teragih. Syiok bah belajar sini, jadi kepada adik2x yang mau sambung study, study la di unimap.. heheheh

kepada adik2x yang dari Sabah, mahu sambung study di perlis, meh saya cerita sikit, perjalanan sampai ke Perlis. (padahal naik bas je pun :P).
Ok la, macam saya dulu, first masuk unimap, tiada satupun family hantar, sendiri jak bejalan, mahu x mahu, kita kena berani, hehehe. Biasanya budak first year, pihak universiti akan jemput jadi kamu-kamu janganlah takut sesat ye, yang penting, tunggu jak ditempat yang diaorang suruh, jangan malar pi berjalan2,  heheh..

okey, jadi kesimpulannya, jangan takut untuk merantau.. haha, ambil yang positif aja, study tempat jauh, dapat kenal tempat orang, dapat kawan negeri lain, dan manatahu kot kot dapat jumpa JODOH disana,, :P.. heheh


Ehh ... I MISS YOU..  merindu kepada yang tak rindu.. hehe (gurau aje)..