Translate

Sunday 13 April 2014

Dari Keningau ke Perlis

01.09.2012 , tarikh yang amat bermakna bagiku..hehe, pada hari itulah pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke tanah semenanjung,  dari kl aku ke perlis, negeri paling kecil penuh dengan sawah padi, tiada kesesakan, tiada panggung wayang, kedai paling besar, cmart dgn the store ja kali... kikiki..

Di Perlis juga, aku bertemu dengan kawan2 yang baik, yang banyak mengubah aku menjadi lebih baik...
Memang susah mahu belajar cakap orang utara.. T_T, boleh boleh la..  :p

Makanan sini,, mahu apa?? semua murah banding Sabah la, sadap lagi tu..
Saya sekarang belajar di unimap, kampus teragih. Syiok bah belajar sini, jadi kepada adik2x yang mau sambung study, study la di unimap.. heheheh

kepada adik2x yang dari Sabah, mahu sambung study di perlis, meh saya cerita sikit, perjalanan sampai ke Perlis. (padahal naik bas je pun :P).
Ok la, macam saya dulu, first masuk unimap, tiada satupun family hantar, sendiri jak bejalan, mahu x mahu, kita kena berani, hehehe. Biasanya budak first year, pihak universiti akan jemput jadi kamu-kamu janganlah takut sesat ye, yang penting, tunggu jak ditempat yang diaorang suruh, jangan malar pi berjalan2,  heheh..

okey, jadi kesimpulannya, jangan takut untuk merantau.. haha, ambil yang positif aja, study tempat jauh, dapat kenal tempat orang, dapat kawan negeri lain, dan manatahu kot kot dapat jumpa JODOH disana,, :P.. heheh


Ehh ... I MISS YOU..  merindu kepada yang tak rindu.. hehe (gurau aje)..




No comments:

Post a Comment